Salam kepada semua...
cikgu sering ditanya yang mana lebih baik...samada ke matrik ataupun ke pengajian Diploma?
Sebetulnya cikgu tak dapat memberikan satu keputusan yang tepat...kerana jawapan itu terletak ditangan ANDA sendiri....
Namun, cikgu boleh berikan beberapa "guideline" untuk kamu memilih....
Kebaikan Matrikulasi:
1- Pilihan yang lebih luas terutama bidang pengajian dan universiti yang ingin dipilih
Biasanya ramai pelajar belum membuat keputusan nak jadi apa atau nak kemana selepas SPM...justeru itu, jika ke matrik banyak pilihan yang akan terbentang luas asalkan mahu berusaha
2- banyak peluang-peluang baru terutama maklumat dan juga rakan-rakan baru yang pastinya memberikan pengalaman baru yang akan diperolehi apabila bergaul dengan ruang pelajar yang lebih luas dan bermacam ragam. Mungkin disini kamu akan "bertemu" dengan titik perubahan baru dalam hidup anda....
3-platform yang samarata...sebaik sahaja memasuki matrikulasi kekurangan ketika di sekolah menengah terutama mungkin result SPM yang kurang baik kini kurang lagi diberi perhatian. Masa depan kamu kini bergantung hampir sepenuhnya pada result Matrikulasi Semester 1 dan 2 kamu......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment